CEK STR : STATUS KELAYAKAN FASA 2 2026

CEK STR : STATUS KELAYAKAN FASA 2 2026

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan bantuan tunai kerajaan yang terus disalurkan secara berfasa bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup semasa. Bagi Fasa 2 tahun 2026, pembayaran dijangka melibatkan 5.2 juta penerima sedia ada serta 200,000 pemohon baharu yang telah lulus selepas proses semakan dan pengemaskinian maklumat. Bantuan ini diagihkan mengikut kategori kelayakan seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan individu bujang dengan jumlah bayaran yang berbeza.

Bagi memastikan anda tidak terlepas maklumat penting, semakan status STR boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi MySTR. Melalui semakan ini, penerima boleh mengetahui sama ada mereka layak, jumlah bayaran yang akan diterima serta kaedah pembayaran sama ada melalui akaun bank atau tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagaimanakah cara cek STR Fasa 2 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status dan info terkini.

Baca juga: SEMAKAN DUIT MYKASIH SARA FASA MAC 2026 : ADAKAH LAYAK TERIMA ATAUPUN TIDAK

TARIKH AGIHAN STR 2026 FASA 2

Kerajaan telah membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh agihan STR 2026 bagi Fasa 2 iaitu jatuh pada tarikh 10 Mac 2026 (Selasa) bagi penerima sedia, manakala penerima baharu pada 30 Mac 2026 (Isnin).

CEK SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CEK AMAUN BAYARAN STR 2026

Cek amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sepanjang tempoh 2026 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR 2026
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 4 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 4 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangSTR digantikan dengan SARA: RM600

AMAUN TAMBAHAN STR 2026

Amaun tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan ke dalam MyKad penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA STR &
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA STR SAHAJA &
BUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

CEK AMAUN BAYARAN STR 2026 FASA 2

Amaun bayaran STR 2026 bagi Fasa 2 yang disampaikan oleh kerajaan kepada penerima yang layak adalah sebanyak berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR FASA 2 2026
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
RM150 – RM600
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 – RM250
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangBantuan digantikan dengan pembayaran bantuan SARA: RM50 sebulan

CEK STR

Status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 boleh di cek secara online seperti langkah berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti melalui kaedah pembayaran seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan10 Mac 2026
Tiada Akaun Bank atau
Berstatus ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)10 Mac 2026
Tiada Akaun Bank
(Pedalaman Sabah / Sarawak)
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)10 Mac 2026

JADUAL AGIHAN STR 2026

STR 2026 akan diberikan kepada penerima yang layak secara berperingkat melalui empat fasa seperti yang tertera dalam jadual agihan berikut:

PERINGKATJADUAL AGIHAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3
Fasa 4

INFO PENTING STR 2026

Berikut merupakan info penting mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2026:

  • Tempoh permohonan baharu STR 2026 adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
  • Permohonan dan Kemas kini STR Fasa 2 2026 dibuka sehingga 13 Februari 2026.
  • Pemohon perlu mengemas kini maklumat permohonan jika tidak kemas kini selama tiga (3) bertahun berturut-turut.
  • Kadar maksimum pembayaran STR 2026 adalah RM2,200 (mengikut kategori penerima).
  • STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
  • SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas.
  • Kadar maksimum pembayaran SARA 2026 adalah RM2,400 (mengikut kategori penerima).
  • SARA RM100 ONE-OFF telah diberikan kepada semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment