CEK STATUS MYKASIH 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

CEK STATUS MYKASIH 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima yang layak di perluas ke Sabah dan Sarawak bagi tahun 2025 serta peningkatan kadar peruntukan sehingga RM200 sebulan bagi memenuhi keperluan asas penerima.

Bagaimanakah cek status penerima bantuan mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSTR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) -Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih:
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CHECK STATUS MYKASIH 2025 ONLINE

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

CEK AMAUN BULANAN BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(RM 2,100 Setahun)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(RM 1,650 Setahun)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(RM 600 Setahun)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(RM 900 Setahun)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(RM 450 Setahun)
RM 50
sebulan

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

CARA PEMBELIAN BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CEK BAKI BANTUAN MYKASIH 2025 DALAM MYKAD

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment