CEK SARA MYKASIH 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

CEK SARA MYKASIH 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Individu yang disahkan layak dan berstatus lulus untukmmenerima bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan bagi memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah cara cek layak atau tidak bayaran sara mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: KELAYAKAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH KESELURUHAN SARA MYKASIH 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM600

CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA MYKASIH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Klik (Status Kelayakan SARA);
  11. Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  12. Selesai.

JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti jadual berikut :

KAEDAH BAYARANTARIKH BAYARAN
MyKad (Kad Pengenalan)9 Januari 2026
16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

RUJUKAN LANJUTAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment