CEK DUIT STR FASA 1 2026 : CHECK AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH YANG AKAN DIKREDIT MASUK KE AKAUN PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK

CEK DUIT STR FASA 1 2026 : CHECK AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH YANG AKAN DIKREDIT MASUK KE AKAUN PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK

Pemohon-pemohon yang telah berjaya melepasi tapisan kelayakan dan disah status ‘Layak’ sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah mula menerima bayaran Fasa 1 melalui pengkreditan ke akaun bank dan juga melalui tunai di bank.

Bagaimanakah cara cek duit STR Fasa 1? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM950 & RM500 & RM300)

CEK DUIT BAYARAN STR FASA 1 2026

Rujuk panduan lengkap cara cek duit Bantuan STR Fasa 1 telah dikreditkan atau belum dalam akaun bank penerima :

LAMAN STRLINK
Bahagian Log Masuk STRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  1. Sila klik pada link Laman STR (Bahagian Log Masuk) di atas.
  2. Klik pada butang [Log Masuk Guna MyDigital ID] atau
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yag disediakan.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
  6. Jika ianya betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan pengguna dengan betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Log Masuk berjaya, Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran duit Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
    • ‘Dalam Proses Kredit; atau
    • ‘Telah Dikredit’; atau
    • ‘Gagal Kredit’.
  12. Selesai.

*Nota : Bagi status ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah melalui dua (2) kaedah berikut :

BIL.KAEDAH BAYARAN STR
1.Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / akaun bank
pasangan secara berperingkat
dengan menggunakan kaedah
IBG Credit Transfer
2.Dibayar secara tunai pada kaunter
di mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) terdekat
bagi penerima yang tiada akaun
bank dan status ‘Gagal Kredit’
(termasuk penerima di Sabah
dan Sarawak)

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 untuk penerima sedia ada dan baharu :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR
Penerima Sedia AdaBermula 20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat
Penerima BaharuBermula 20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah tertakluk kepada kategori dan bilangan anak penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
Isi Rumah B40RM200
RM300
RM400
RM500
(Tertakluk bilangan anak)
Isi Rumah M40RM100
RM100
RM150
RM200
(Tertakluk bilangan anak)
Warga EmasRM150
Bujang

RUJUKAN LANJUT STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment