CEK BANTUAN SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SETIAP BULAN)
Terkini! Kerajaan Sabah bakal melaksanakan inisiatif bantuan baharu yang menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan dan akan disalurkan kepada 100,000 penerima dalam kategori miskin dan miskin tegar pada fasa pertama pelaksanaannya.
Bagaimanakah cek bantuan sabah 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : REGISTER & DAFTAR SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
APA ITU BANTUAN SABAH 2025
Dalam Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Negeri memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.
Program ini menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 selama setahun kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar, merangkumi Ketua Isi Rumah serta Ahli Keluarga berusia 18 tahun ke atas. Inisiatif bantuan ini bukan sahaja membantu mengurangi tekanan kewangan yang dihadapi, tetapi juga memastikan kesejahteraan golongan yang memerlukan terus terpelihara di seluruh Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sabah;
- Menetap dan Beralamat di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN SABAH 2025
Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Pembayaran akan dilakukan secara berfasa/berperingkat dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025. Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
CEK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN SABAH 2025
Untuk makluman, semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
JUMLAH MASUK BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
Dijangka seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini pada fasa pertama penyaluran bantuan.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/