CARA SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SILA SEMAK STATUS MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SILA SEMAK STATUS MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

Supaya nama penerima / pemohon tidak tercicir sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, setiap penerima / pemohon boleh membuat semakan status maklumat permohonan sama ada ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Permohonan Dalam Proses’ atau ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.

Bagaimanakah cara semakan Bantuan STR 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN HASIL STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Penerima yang disahkan ‘Layak’ menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mereka yang menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan kepada setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
UmurTiada had umur
Status
Perkahwinan
Berkahwin (ada / tiada anak)
atau
Ibubapa tunggal (ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)
atau
RM2,501 – RM5,000 (M40)
  • Kategori Warga Emas :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur60 tahun & ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu / Duda / Janda
(tiada anak umur bawah 21 tahun)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
atau
tidak melebihi RM5,000
  • Kategori Bujang :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur21 – 59 tahun
atau
OKU 19 tahun ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu / Duda /
Janda (tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
Status
Pendidikan
Tamat belajar
(Bukan tanggungan)

CARA SEMAKAN BANTUAN STR 2026

Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara atas talian (online) melalui laman web Portal Rasmi STR yang disediakan oleh Kerajaan. Ikuti cara semakan yang lengkap seperti berikut :

  1. Sila layari laman Log Masuk STR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Bahagian Log Masuk akan dipaparkan.
  3. Terus masukkan No Kad Pengenalan pada ruang disediakan.
    • *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  7. Masukkan [Kata Laluan] yang telah diciptakan.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Papan pemuka / Dashboard akan dipaparkan.
  10. Klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Selesai.

NILAI BAYARAN BANTUAN STR 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap kategori ditetapkan dengan nilai yang berbeza sepadan dengan kategori dan kelayakan penerima. Selain itu, setiap kategori juga akan terima bayaran Bantuan SARA seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
NILAI BANTUAN
STR
NILAI BANTUAN
SARA
Isi Rumah B401. RM700 (tiada anak).
2. RM1,200 (1-2 anak).
3. RM1,700 (3-4 anak).
4. RM2,200 (>5 anak).
RM1,200 (STR biasa)
atau
RM2,400 (STR eKasih)
Isi Rumah M401. RM200 (tiada anak).
2. RM450 (1-2 anak).
3. RM700 (3-4 anak).
4. RM950 (>5 anak).
RM1,200 (STR biasa)
Warga EmasRM600RM600 (STR biasa)
atau
RM1,800 (STR eKasih)
BujangRM600 (STR biasa)
atau
RM1,200 (STR eKasih)

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan ianya dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASABULAN BAYARAN
Fasa 1Januari / Februari 2026
Fasa 2Mac / April 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
*Tarikh bayaran akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan kami akan kemaskini kembali apabila telah mengetahui tarikh sebenar.

INFO LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, sila rujuk :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment