CARA SEMAK BAKI MYKAD : PANDUAN LENGKAP CHECK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DI DALAM IC ANDA
MyKad hanya digunakan sebagai medium untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ianya boleh digunakan terus untuk membuat pembelia barang keperluan tanpa tunai. Namun, MyKad bukan untuk menyimpan atau memindahkan wang.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan baki MyKad? Ikuti langkah lanjut disini.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD
CARA SEMAK BAKI MYKAD
Bagaimanakah cara semak baki yang dikreditkan, terdapat (2) langkah semakan online ikuti langkah berikut :
- Portal Rasmi SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Semakan di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Maklumat Pembayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
KELAYAKAN PENERIMA
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Tambahan SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BULANAN | TARIKH BAYARAN ONE-OFF (SEKALI BAYARAN) |
|---|---|---|
| Lulus STR & Berstatus eKasih | Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
| Lulus STR Sahaja | April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
INFO PENTING : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa, dan SAH sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program akan luput secara automatik
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]