CARA SCAN BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Pelbagai barang MyKasih boleh didapati oleh penerima yang layak di kedai yang berdaftar dibawah Program ini terutama makanan asas bagi menyokong keperluan hidup.
Bagaimanakah semak mykasih boleh guna dimana? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA : SEMAK SENARAI KEDAI & BARANG

SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan Penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih |
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan |
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
CARA SCAN BARANG MYKASIH
Senarai barang MyKasih yang boleh dibeli boleh di semak di Aplikasi MyKasih seperti berikut:
- Muat turun (Download) aplikasi MyKasih melalui pautan rasmi https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau di :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih dan daftar sebagai pengguna.
- Kemudian, tekan butang [Check Item]
- Seterusnya, anda boleh scan barkod atau lihat dari dalam senarai barangan yang disediakan.
- Sekiranya barang tersebut boleh dibeli menggunakan SARA, makluman akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH DI SCAN
Berikut merupakan 14 Kategori Barangan yang diluluskan di bawah Program SARA MYKASIH 2025 :
KATEGORI BARANG MYKASIH | JENAMA BARANG YANG DILULUSKAN |
---|---|
Beras | Jasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid |
Roti | Gardenia, Massimo, Mighty White |
Telur | CP, NutriPlus, QL Eggs |
Minyak Masak | Alif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit |
Tepung | Blue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros |
Biskut | Munchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng |
Mi Segera | Indomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan, Econsave |
Minuman | Dutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker, Vico |
Makanan dalam tin | TC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup |
Bahan Perasa | Puteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, Cukup Rasa, Babas, Mak Siti, CSR |
Produk Kebersihan Diri | Colgate, Kotex, Dettol |
Ubat-ubatan Ringan | Prospan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam |
Barangan Persekolahan | Stabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih |
Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI) | Sabun/serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan, pencuci lantai |
CARA BELI BARANG MYKASIH
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
TIPS BERBELANJA DENGAN MYKASIH
Berikut merupakan tips berbelanja barang MyKasih dengan mudah:
- Rancang awal pembelian agar tidak melebihi baki bantuan.
- Pastikan barang dalam senarai MyKasih sebelum ke kaunter.
- Semak baki MyKasih secara berkala melalui portal rasmi sebelum memulakan pembelian.
- Simpan resit pembelian sebagai rujukan atau semakan baki.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:
- Adakah perlu masukkan No PIN untuk pembayaran barang?
- Tidak, anda hanya perlu tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan, serta pembayaran barang.
- Bagaimana jika barang yang diambil tidak termasuk dalam senarai MyKasih?
- Anda perlu bayar secara tunai atau menggunakan kaedah pembayaran lain.
- Apa yang perlu dibuat jika scan barang gagal?
- Jika berlaku isu teknikal, anda boleh menghubungi pihak MyKasih atau rujuk juruwang untuk scan barang. Anda juga boleh cuba membuat imbasan pada waktu yang lain.
- Adakah baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan hadapan?
- Ya, Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
- Adakah boleh keluarkan bantuan MyKasih dalam bentuk tunai?
- Tidak boleh. Ia hanya sah digunakan untuk pembelian barangan asas.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]