CARA PERMOHONAN STR 2026 (DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Tarikh permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan Fasa 1 2026 adalah dibuka bermula 13 Oktober 2025 sehingga 28 November 2025 sahaja. Oleh itu, rakyat yang memenuhi kriteria digalakkan untuk memohon.
Bagaimanakah cara permohonan STR 2026? Rujuk panduan yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYSARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
JADUAL BAYARAN STR 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 adalah dijangka seperti jadual berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari 2026 |
| Fasa 2 | Mac 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Setiap kategori dan kelayakan penerima menentukan jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diterima. Berikut merupakan jumlah bayaran bagi tahun 2026 :
- Kategori Isi Rumah :
| BIL. TANGGUNGAN | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM700 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM950 |
- Kategori Warga Emas :
| BIL. TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Tiada | RM600 |
- Kategori Bujang :
| BIL. TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Tiada | RM0 |
CARA DAFTAR AKAUN STR 2026
Penerima sedia ada perlu mendaftar akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baharu walaupun telah mempunyai akaun yang sebelum ini. Ikuti cara daftar akaun baharu secara atas talian (online) seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Terus klik butang [LOG MASUK].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan.
- Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik [Sahkan Akaun Saya].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- *Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Terus klik butang [Seterusnya].
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
KRITERIA KELAYAKAN STR 2026
Sebelum kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ketahui kriteria kelayakan sebagai peenrima seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada / tiada anak);
- Bercerai / balu (ada anak);
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan : balu / duda / janda (tiada anak);
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.
CARA PERMOHONAN STR 2026
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dikemukakan secara atas talian (online) mengikut panduan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang. (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai
INFO LANJUT STR
Info-info yang ditulis dan dikongsikan dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya dapat memudahkan orang ramai memahami. Namun, untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]