CARA MOHON GURU MARA : JAWATAN & IKLAN TERKINI 2024
MARA telah mengeluarkan iklan jawatan sebagai pelawaan untuk menyertai perkhidmatan pendidikan MARA yang terbuka kepada semua yang memenuhi syarat permohonan. Permohonan ini terbuka untuk kelulusan pelbagai bidang pengajian. Permohonan ini dilakukan secara dalam talian sepenuhnya dan pemohon boleh mengemaskini maklumat sehingga tarikh tutup.
Bagaimanakah cara mohon guru mara 2024? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN BAYARAN FASA 3 2024
JAWATAN GURU MARA
Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred Jawatan : DG41
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Minimum : RM2,188.00
Gaji Maksimum : RM9,552.00
Penempatan : Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia
Jawatan ini terbuka kepada beberapa subjek di bawah. Segala pindaan berkenaan pengosongan jawatan guru MARA bagi subjek-subjek tertentu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Melayu
iii. Bimbingan dan Kaunseling
iv. Biologi
v. Fizik
vi. Geografi
vii. Herba dan Hasilan Semula Jadi
viii. Keusahawanan
ix. Kimia
x. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
xi. Kejuruteraan Mekanikal
xii. Kewangan dan Perbankan Islam
xiii. Matematik
xiv. Media
xv. Pendidikan Islam
xvi. Pendidikan Islam (Tahfiz)
xvii. Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
xviii. Pengajian Malaysia
xix. Pengurusan Perniagaan
xx. Perakaunan
xxi. Psikologi
xxii. Reka Bentuk dan Teknologi
xxiii. Reka Bentuk Grafik
xxiv. Sains Kejuruteraan
xxv. Sains Komputer
xxvi. Sejarah
xxvii. Seni Reka
TARIKH MOHON GURU MARA
Permohonan jawatan guru MARA telah dibuka pada 2 Ogos 2024 dan akan ditutup pada 23 Ogos 2024 (11.59 malam).
CARA MOHON GURU MARA
Orang awam yang ingin menjadi guru MARA, boleh memohon jawatan tersebut dengan mengikut langkah-langkah seperti berikut:
- Layari laman web https://apps.mara.gov.my/vacancy/.
- Sebelum mula memohon, anda perlu melihat syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu di iklan jawatan di https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf.
- Untuk permohonan baru, sila klik pada butang [Permohonan Baru].
- Masukkan no. kad pengenalan yang betul.
- Kemudian, tekan [Mohon].
- Isi ruangan kosong dengan maklumat yang betul dan tepat.
- Selesai mengisi maklumat yang diminta, semak semula untuk memastikan data yang diberikan tidak palsu. Pemohon hanya boleh membuat permohonan SEKALI SAHAJA.
- Kemudian, tekan [Hantar].
- Selesai.
RUJUKAN
Iklan jawatan dipetik daripada Portal Rasmi MARA. Sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut, boleh terus rujuk pihak MARA melalui:
- Portal Iklan Jawatan MARA : https://www.mara.gov.my/iklan-kekosongan-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-mara/
- Talian utama MARA : 03-2613 2000
- E-mel : informasi@mara.gov.my