CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN FASA 2 2026

CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN FASA 2 2026

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kini memasuki fasa penyaluran kedua, yang merupakan antara bantuan sosial terbesar Kerajaan bagi meringankan beban ekonomi rakyat. Sejajar dengan komitmen dalam memastikan bantuan sampai secara bersasaran, data penerima kini diselaraskan secara dinamik melalui sistem PADU. Bagi tahun ini, tumpuan utama penerima sudah pastinya terarah kepada STR Fasa 2 2026 yang melibatkan agihan dana kepada berjuta-juta rakyat Malaysia mengikut kategori yang telah ditetapkan. Memandangkan jumlah peruntukan yang lebih besar, adalah sangat penting bagi setiap pemohon untuk memastikan akses ke portal rasmi sentiasa aktif bagi memantau status pengkreditan masing-masing.

Menjelang tarikh pengkreditan fasa kedua ini, orang awam dinasihatkan untuk melakukan semakan kelayakan secara dalam talian bagi mengetahui amaun tepat yang bakal diterima. Integrasi sistem yang lebih canggih pada tahun 2026 ini bukan sahaja memudahkan proses permohonan, malah mempercepatkan agihan bantuan tambahan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi mereka yang layak. Kegagalan untuk memantau status akaun secara berkala boleh menyebabkan anda terlepas pandang mengenai maklumat penting atau tuntutan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku masalah teknikal pada akaun bank anda.

Oleh itu, bagi memastikan proses semakan anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, pemahaman mengenai langkah-langkah capaian ke portal MySTR adalah sangat diperlukan. Kekeliruan mengenai prosedur keselamatan atau kegagalan mengakses akaun sering menjadi kendala utama rakyat ketika saat-saat akhir pembayaran. Justeru, timbul persoalan penting dalam kalangan pengguna:

Bagaimanakah cara log masuk STR yang betul dan pantas untuk menyemak status pembayaran Fasa 2 2026? Sila ikuti tutorial lengkap yang telah kami sediakan di bawah.

BACA JUGA : LOGIN STR : FASA 2 2026 SEMAKAN BAYARAN

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Pengumuman rasmi mengenai tarikh bayaran bantuan tunai STR 2026 bagi Fasa 2 belum diisytiharkan oleh pihak kerajaan. Pengemaskinian tarikh berkenaan akan dilaksanakan dengan kadar yang segera selepas pengisytiharan dibuat.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Kerajaan telah menggariskan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan STR 2026. Berikut syarat-syaratnya:

  • Isi Rumah (STR & SARA)
ISI RUMAHSYARAT KELAYAKAN
Pemohon– Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
Anak– Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
> 18 tahun dan ke bawah; atau
> 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Warga Emas Tiada Pasangan– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang (SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Bujang– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

KATEGORI PENERIMA STR 2026

Kerajaan telah menggariskan kriteria penerima mengikut kategori yang diluluskan untuk menerima bantuan STR 2026 Fasa 2 sebagaimana yang berikut:

KATEGORIKRITERIA PENERIMA
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

CARA LOG MASUK STR

Panduan lengkap cara log masuk STR secara online adalah sepertimana langkah yang berikut:

  1. Sila tekan link Rasmi Log Masuk STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.

  2. Pengguna akan di bawa ke Laman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.

    ⁠Log Masuk mySTR.

  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.

  4. Tekan (Semak).

  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.

  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).

  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.

  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).

  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.

  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:

    1. Status Permohonan STR.
    2. Jumlah Telah Dibayar.
    3. Jumlah Bayaran Keseluruhan STR.
    4. Status Kelayakan SARA.

  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:

    1. Perubahan Maklumat Permohonan;
    2. Cetak Permohonan;
    3. Semakan Permohonan;
    4. Kemas Kini Maklumat Asas;
    5. Tukar Kata Laluan;
    6. Maklumbalas; dan
    7. Peti Mel.

  12. Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.

  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].

  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.

    i. Tarikh Kredit
    ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    iii. Nama Penerima
    iv. Fasa Pembayaran
    v. Jumlah Dikredit
    vi. Status Kredit
    vii. Nama Bank dan No akaun

  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

  16. Selesai.

CARA DAPATKAN KEMBALI KATA LALUAN LOG MASUK STR

Ikuti panduan cara dapatkan kembali kata laluan yang telah lupa atau hilang di bawah ini:

PERKARAPAUTAN RASMI
Reset Kata Laluan/Password Log Masuk Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
  1. Untuk mendapatkan kembali kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MYSTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan di atas.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  3. Kemudian, klik [Semak].
  4. Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
  5. Seterusnya, tekan butang [Hantar].
  6. Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
  7. Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
  8. Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
    • ID Pengguna : No MyKad anda.
    • Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
  9. Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  10. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  11. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  12. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  13. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  14. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  15. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  16. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  17. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  18. Status permohonan akan dipaparkan.
  19. Selesai.

TIADA EMEL/EMEL TIDAK SAMA

TIDAK MEMPUNYAI EMEL/ EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR PADA STR/ EMEL TIDAK SAH

Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas:

  • Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
  • Sahkan kata kunci keselamatan.
  • Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.

Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL. Untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran STR sepanjang tahun 2026 telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan sebanyak yang berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR 2026
(SETAHUN)
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
Tiada anak : RM700
1 hingga 2 anak : RM1,200
3 hingga 4 anak : RM1,700
5 anak & ke atas : RM2,200
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM200
1 hingga 2 anak : RM450
3 hingga 4 anak : RM700
5 anak & ke atas : RM950
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM5,000 dan Ke Bawah
RM600
Bujang
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah

*Nota: Mulai tahun 2026, kategori bujang tidak lagi diberi peruntukan untuk bantuan STR. Namun, digantikan dengan peruntukan SARA sebanyak RM600 setahun.

AMAUN BANTUAN STR FASA 2 2026

Bagi Fasa 2 pula, amaun bantuan STR 2026 yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan adalah seperti yang berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR 2026
(FASA 2)
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
Tiada anak : Bakal Diumumkan
1 hingga 2 anak : –
3 hingga 4 anak : –
5 anak & ke atas : –
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : –
1 hingga 2 anak : –
3 hingga 4 anak : –
5 anak & ke atas : –
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM5,000 dan Ke Bawah
Bujang
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
SARA: RM50 perbulan

*Nota: Pihak kami akan segera mengemas kini amaun bantuan STR 2026 bagi Fasa 2 sebaik sahaja pengisytiharan rasmi dibuat.

CARA PENYALURAN BANTUAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan melalui dua cara yang berikut:

JENIS PENERIMACARA PENYALURAN
Penerima yang Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Jika anda mempunyai pertanyaan atau soalan berkenaan dengan perkara di atas, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah. Artikel ini ditulis untuk memudahkan carian pengguna.

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
  • Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.

Anda disaran untuk terus hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan tempat kediaman anda untuk mendapat kepastian yang lebih jelas.

4 thoughts on “CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN FASA 2 2026”

  1. Saya tak dapat pun str fasa 1 n fasa 2 padahal saya dah Kemaskini borang …kenapa ye???

    Reply

Leave a Comment