CARA GUNA SARA RM100 : SENARAI BARANG MYKASIH
Penerima Bantuan SARA sedia ada pastinya sudah mengetahui cara guna Bantuan SARA dalam Kad Pengenalan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan MyKasih. Namun, bagi penerima baharu pastinya belum mengetahui cara-cara untuk menggunakan Bantuan SARA secara tanpa tunai.
Bagaimanakah cara guna Bantuan SARA RM100 untuk beli barang MyKasih? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SARA DALAM IC : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100
CARA GUNA SARA RM100
Ikuti cara guna Bantuan SARA untuk pembelian tanpa tunai (cashless) :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
SENARAI BARANG MYKASIH SARA RM100
Berikut merupakan antara senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan Bantuan SARA :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
TARIKH GUNA SARA RM100
Bantuan SARA akan dikreditkan secara sekaligus (one-off) dalam kad pengenalan 22 juta penerima bermula pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan penerima boleh mula menggunakannya pada bila-bila untuk pembelian barangan keperluan asas.
*Nota : Penggunaan Bantuan SARA adalah terhad sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) sahaja.
SEMAKAN BAYARAN SARA RM100
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA sama ada telah dikreditkan atau belum dalam Kad pengenalan, ikuti cara semakan bayaran berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM BANTUAN SARA
Berikut antara soalan lazim berkaitan Bantuan SARA One-off :
- Siapakah layak terima Bantuan SARA RM100?
- Semua rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Dimanakah boleh guna Bantuan SARA?
- Terdapat lebih 4,100 kedai dan pasaraya yang menerima penggunaan Bantuan SARA.
- Bolehkah Bantuan SARA digunakan untuk membeli barang selain keperluan asas?
- Tidak boleh. Pembelian adalah khusus untuk barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja.
- Bolehkah Bantuan SARA ditunaikan?
- Tidak boleh. Penggunaan Bantuan SARA hanyalah secara tanpa tunai (cashless).
- Adakah perlu memohon untuk mendapatkan Bantuan SARA?
- Tiada sebarang permohonan yang perlu dikemukakan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.