CARA CLAIM MYKASIH : PANDUAN BELI BARANG GUNA MYKAD

CARA CLAIM MYKASIH : PANDUAN BELI BARANG GUNA MYKAD

Seramai 22 juta penerima yang layak boleh menebus pelbagai pilihan barangan keperluan asas di kedai berdaftar di bawah program MyKasih bagi menampung keperluan bulanan.

Apakah jenis barang mykasih yang boleh dibeli? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: JENIS BARANG MYKASIH : CARA SEMAK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBukan Penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANTARIKH LUPUT
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula Januari sehingga Disember 2025 31 Disember 2025
Lulus STR Bukan eKasihBermula April sehingga Disember 2025 31 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

CARA CLAIM MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Nota penting : Kredit tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai dan hanya boleh digunakan untuk beli barangan asas.

LOKASI KEDAI BOLEH CLAIM MYKASIH

Penerima boleh berbelanja di lebih 7,300 kedai runcit berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • Lotus’s;
  • 99 Speedmart

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

BARANG BOLEH CLAIM MYKASIH

Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

CARA CLAIM MYKASIH

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Bolehkah saya claim bantuan dalam bentuk tunai?
    • Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai berdaftar.
  2. Adakah semua barang runcit boleh claim MyKasih?
    • Tidak. Hanya barangan asas terpilih yang diluluskan di bawah Program MyKasih sahaja.
  3. Bolehkah saya guna MyKasih untuk beli barang promosi?
    • Boleh, jika barang tersebut tersenarai sebagai barangan asas MyKasih.
  4. Adakah claim MyKasih sama di semua negeri?
    • Ya, sistem dan barang asas adalah sama, cuma pilihan jenama bergantung kepada stok kedai.
  5. Apakah yang terjadi jika baki tidak habis bulan ini?
    • Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment