BORANG PERMOHONAN STR 2026 : MUAT TURUN/DOWNLOAD & CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Tanpa perlu ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon boleh memuat turun (download) borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui Portal rasmi MySTR sahaja. Selain itu, pemohon juga boleh kemukakan permohonan secara online.
Bagaimanakah cara muat turun borang permohonan STR 2026? Sila rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYSARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH PERMOHONAN STR 2026
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka untuk penerimaan bayaran Fasa 1. Berikut merupakan tarikh permohonan yang dibuka dan ditutup :
| TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
|---|---|
| 13 Oktober 2025 | 28 November 2025 |
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Sebelum kemukakan sebarang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semak syarat-syarat kelayakan di bawah untuk mengetahui anda ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima :
- Kategori Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | Tiada had |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Bercerai / balu (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 |
- Kategori Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | 60 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Balu / Duda / Janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 |
- Kategori Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | 21 – 59 tahun OKU >19 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu Duda / Janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 |
| Status Pendidikan | Bukan pelajar sepenuh masa |
BORANG PERMOHONAN STR 2026
Muat turun borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di bawah :
Setelah berjaya muat turun, cetak borang tersebut. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar borang tersebut di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.
PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE
Selain permohonan secara manual melalui Borang STR, pemohon juga boleh kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online dengan mudah melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Semua maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR 2026. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman atau hubungi talian STR seperti berikut :
- Laman STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]