BILAKAH TARIKH SEMAKAN STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BAGI FASA 1
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di semak dengan mudah oleh penerima melalui kaedah online di Portal MySTR sebaik sahaja pembayaran Fasa 1 dilaksanakan.
Bilakah tarikh semakan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN BANJIR RM1000 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN KADAR BAYARAN STR 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA |
Catatan : Walaupun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR secara berfasa untuk tahun 2026, permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu dimohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.
BILAKAH TARIKH SEMAKAN STR 2026
Tarikh untuk semakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 masih belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Penerima sedia ada dan pemohon baharu boleh membuat semakan secara online di Portal Rasmi MySTR sebaik sahaja pembayaran Fasa 1 mula dilaksanakan.
FUNGSI PORTAL MYSTR
Selain daripada semakan pembayaran Fasa 1, penerima juga boleh mengkases Portal MySTR untuk tujuan seperti :
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Semakan Status Permohonan (pemohon baharu);
- Mendapatkan info terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Semakan Status Kelayakan SARA 2026.
CARA SEMAKAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA PEMBAYARAN STR 2026
Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]