BILAKAH TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK UNTUK JADI PENERIMA BAYARAN PADA FASA 1

BILAKAH TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK UNTUK JADI PENERIMA BAYARAN PADA FASA 1

Pembayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang pertama akan dilaksanakan pada awal tahun 2026 bagi membantu para penerima membuat persiapan untuk sambutan Tahun Baru Cina dan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Bilakah tarikh bayar duit Bantuan STR? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT TAMBAHAN INI

BAGAIMANAKAH CARA BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026

Bayaran duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) diberikan kepada rakyat secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan dan setiap penerima akan menerima bayaran melalui cara-cara berikut :

  • Cara Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Ada Akaun Bank :
    • Penerima yang ada akaun bank serta mendaftar nombor akaun dengan lengkap dalam permohonan akan terima bayaran Bantuan STR dalam akaun tersebut dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja dari tarikh bayaran.
  • Cara Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Penerima yang tiada akaun bank atau tidak memasukkan maklumat akaun bank dengan lengkap dalam permohonan akan terima bayaran Bantuan STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada bila-bila masa dari tarikh bayaran.

BILAKAH TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026

Kebiasaannya bayaran duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kepada penerima dilakukan sebelum atau selepas sesuatu perayaan besar di Malaysia bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
(ANGGARAN 2026)
Fasa 1 : Februari 2026
(Sebelum Tahun Baru Cina)
Fasa 2 : Mac / April 2026
(Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri)
Fasa 3 : Ogos 2026
(Sebelum Hari Kebangsaan)
Fasa 4 : November 2026
(Sebelum Perayaan deepavali)

BERAPAKAH JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026

Jumlah duit bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 adalah bermula sebanyak RM200 hingga RM2,200. Namun, iaitu dibayar bersesuaian dengan kategori serta kelayakan setiap pemohon seperti berikut :

KATEGORI &
KELAYAKAN PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR 2026
Isi Rumah B40Tiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Warga Emas B40 & M40RM600
Isi Rumah M40Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 anak : RM950
Bujang B40Ganti SARA
(RM600 – RM1,200)

CARA SEMAK KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN STR 2026

Bagaimanapun, status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi MySTR. Rujuk cara semak kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment