BILAKAH SEMAKAN SARA 2026 : UNTUK LAYAK DAPAT BAYARAN JANUARI TAHUN 2026
Kurang dari sebulan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan memasuki sesi baharu 2026. Penerima sedia ada dan penerima baharu boleh membuat semakan status kelayakan dengan mudah di Portal Rasmi SARA untuk mengetahui sama layak atau tidak untuk terus menerima bayaran SARA Januari.
Bilakah semakan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PLKN 2026 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA TAWARAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1 TAHUN 2026
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan MyKad (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN KADAR KELAYAKAN SARA 2026
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- SARA eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | KADAR BULANAN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200 Sebulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150 Sebulan |
| Bujang | RM1,200 | RM100 Sebulan |
- SARA STR (Bukan eKasih) :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | KADAR BULANAN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM600 | RM50 Sebulan |
JADUAL & TARIKH PEMBAYARAN SARA 2026
Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan dalam tempoh 12 bulan ke dalam MyKad penerima seperti berikut :
| BULAN PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Bulan Pertama | Januari 2026 |
| Bulan Kedua | Februari 2026 |
| Bulan Ketiga | Mac 2026 |
| Bulan Keempat | April 2026 |
| Bulan Kelima | Mei 2026 |
| Bulan Keenam | Jun 2026 |
| Bulan Ketujuh | Julai 2026 |
| Bulan Kelapan | Ogos 2026 |
| Bulan Kesembilan | September 2026 |
| Bulan Kesepuluh | Oktober 2026 |
| Bulan Kesebelas | November 2026 |
| Bulan Kedua belas | Disember 2026 |
Catatan : Tarikh rasmi bagi setiap bulan pembayaran SARA belum dikeluarkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]