BILAKAH SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : UNTUK SEMAK PEMOHON YANG LAYAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1
Golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang berkelayakan dan memerlukan bantuan bagi mendepani cabaran kos sara hidup, layak untuk memohon bantuan tunai kerajaan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bilakah semakan bantuan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM100 MYKAD 2026 (PERMOHONAN , SEMAKAN ONLINE)
PENERIMA BANTUAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN STR 2026
Amaun Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak (0) : RM700 1 – 2 Anak : RM1,200 3 – 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak (0) : RM200 1 – 2 Anak : RM450 3 – 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA |
Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026. Amaun pembayaran untuk FASA 1 BELUM DIUMUMKAN, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Walaupun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR untuk tahun 2026, permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu di mohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.
TARIKH SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Tarikh bayaran Fasa 1, 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
Penerima sedia ada dan penerima baharu boleh membuat semakan secara online di Portal Rasmi MySTR sebaik sahaja bayaran STR Fasa 1, mula dilaksanakan.
LOGIN PORTAL BANTUAN STR
Panduan cara log masuk Portal MySTR 2026 untuk semakan status permohonan dan kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
SEMAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA KREDIT BAYARAN BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]