BILAKAH SEMAK STR 2026 : UNTUK LAYAK SEBAGAI PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

BILAKAH SEMAK STR 2026 : UNTUK LAYAK SEBAGAI PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

Kerajaan membuka portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun untuk membolehkan rakyat memohon dan menyamak status kelayakan serta info-info terkini berkaitan bayaran STR untuk tahun 2026.

Bilakah & bagaimanakah semak STR sebagai penerima bayaran Fasa 1 2026? Sila baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600)

BILAKAH BOLEH SEMAK STR 2026

Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sentiasa dibuka untuk permohonan, kemaskini dan termasuk semakan status kelayakan. Oleh itu, mana-mana individu yang telah kemukakan permohon boleh membuat semakan status bila-bila masa sahaja.

*Namun, status kelayakan untuk bayaran Fasa 1 masih belum dinyatakan.

BERAPAKAH JUMLAH STR 2026

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

  • Jumlah Bayaran STR Untuk Kategori Berkeluarga :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
Keluarga Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Keluarga Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
  • Jumlah Bayaran STR Untuk Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
Bujang / Balu / Duda / Janda
(Berumur 60 tahun ke atas)
RM600
Bujang / Balu / Duda / Janda
(Berumur 21 – 59 tahun)

(Diganti SARA)

BAGAIMANAKAH CARA TERIMA STR 2026

Dua (2) cara terima bayaran STR yang disediakan oleh Kerajaan seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN STR
Tiada akaun bankDibayar secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau
di mana-mana pusat yang
bersesuaian
Mempunyai akaun bankDikreditkan secara terus ke dalam
akaun bank penerima / pasangan
mengikut nombor akaun bank
yang didaftarkan semasa
permohonan

SIAPA LAYAK TERIMA STR 2026

Yang disahkan layak terima Bantuan STR adalah yang memenuhi syarat-syarat kelayaka seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan Kategori Berkeluarga :
    • Warganegara : Malaysia.
    • Had Umur : Tiada had umur.
    • Status Perkahwinan :
      • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
      • Ibu / bapa tunggal (ada anak).
    • Kadar Pendapatan :
      • Bawah RM2,500 (B40); atau
      • RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Syarat Kelayakan Kategori Bujang :
    • Warganegara : Malaysia.
    • Had Umur :
      • 21 hingga 59 tahun; atau
      • 60 tahun & ke atas (Warga emas).
    • Status Perkahwinan :
      • Bujang belum berkahwin; atau
      • Balu / duda / janda (tiada anak).
    • Kadar Pendapatan :
      • Bawah RM2,500 atau hingga RM5,000.

BAGAIMANAKAH SEMAK STR 2026

Semakan status kelayakan sebagai penerima STR boleh dilakukan secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
  13. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment