BILAKAH SEMAK STATUS PEMOHON STR 2026 : UNTUK SEMAKAN SIAPA YANG LULUS JADI PENERIMA YANG LAYAK BAYARAN FASA 1
Diaggarkan seramai lebih 8.5 pemohon yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah / STR akan layak untuk terima bayaran Fasa 1 kerana telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bilakah boleh semak status pemohon STR 2026? Rujuk info lanjut dan panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2026 (RM2400 & RM1200)
BILAKAH SEMAK STATUS PEMOHON STR 2026
Bila-bila masa sahaja pemohon yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah / STR boleh membuat semakan status untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran untuk sepanjang tahun 2026.
Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sentiasa dibuka untuk semakan status dan sebagainya.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN STR 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk tahun 2026 di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR yang tertera di atas.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
BERAPAKAH KADAR PENYALURAN STR 2026
Kadar penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk tahun 2026 adalah sebanyak berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Berkahwin (ada / tiada anak) / ibu bapa tunggal (ada anak).
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR PENYALURAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM700.00 1 – 2 anak : RM1,200.00 3 – 4 anak : RM1,700.00 >5 anak : RM2,200.00 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM200.00 1 – 2 anak : RM450.00 3 – 4 anak : RM700.00 >5 anak : RM950.00 |
- Kategori Bujang :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR PENYALURAN STR |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Bujang Berumur 60 tahun & ke atas | RM600 |
BAGAIMANAKAH MEDIUM PENYALURAN STR 2026
Medium penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk tahun 2026 masih sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu disalurkan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan.
BILAKAH TARIKH PENYALURAN STR 2026
Tarikh penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk tahun 2026 masih belum diketahui kerana pihak Kementerian Kewangan belum mengumumkannya secara rasmi. Namun, berikut adalah jangkaan penyaluran untuk tahun 2026 :
- Fasa 1 : Februari 2026.
- Fasa 2 : Mac / April 2026.
- Fasa 4 : Ogos 2026.
- Fasa 5 : November 2026.
RUJUKAN LANJUT STR
Maklumat dalam artikel ini berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dirujuk dari sumber yang sahih dalam Portal Rasmi MySTR. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk kepada pihak STR melalui talian 03 8882 4565 / 03 8882 4566.