BILAKAH SEMAK BANTUAN STR 2026 : UNTUK CHECK SIAPA YANG LAYAK SEBAGAI PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1
Apabila permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemukakan, pemohon berhak mengetahui status sama ada layak atau tidak sebagai penerima bayaran. Oleh itu, setiap pemohon boleh membuat semakan status secara atas talian melalui laman web rasmi STR.
Bilakah boleh semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BORANG DAFTAR MYKASIH 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600 BANTUAN SARA)
BILAKAH TARIKH TERIMA BANTUAN STR
Tarikh yang tepat Bantuan STR yang akan diterima oleh penerima untuk tahun 2026 adalah masih dirahsiakan. Namun, bayaran setiap fasa boleh dijangka seperti berikut :
- Fasa 1 : Februari 2026
- Dijangka sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
- Fasa 2 : Mac / April 2026
- Dijangka sebelum / selepas Hari Raya Aidilfitri.
- Fasa 3 : Ogos 2026
- Dijangka sebelum sambutan Hari Kebangsaan.
- Fasa 4 : November 2026
- Dijangka sebelum perayaan Deepavali.
BAGAIMANAKAH CARA TERIMA BANTUAN STR
Mudah sahaja untuk terima Bantuan STR, kerana setelah diluluskan, pihak kerajaan akan melihat pada permohonan yang diisi. Sekiranya pemohon mengisi bahagian ‘Maklumat akaun bank’ dengan lengkap, pemohon akan terima bayaran melalui akaun bank.
Manakala, pemohon yang tidak mengisi bahagian ‘Maklumat akaun bank’ atau mengisi dengan nombor akaun bank orang lain atau akaun syarikat, pemohon perlu mengambil bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN STR 2026
Jumlah Bantuan STR yang akan diterima oleh setiap kategori adalah berlainan kerana Kerajaan akan menyalurkan bayaran berdasarkan kelayakan penerima supaya semua penerima dapat menerima jumlah yang selayaknya.
| KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR |
|---|---|
| Bujang / Balu / Duda / Janda (Tiada anak) | – |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Isi Rumah B40 | RM700 – Tiada anak RM1,200 – 1 / 2 anak RM1,700 – 3 / 4 anak RM2,200 – 5 anak ke atas |
| Isi Rumah M40 | RM200 – Tiada anak RM450 – 1 / 2 anak RM700 – 3 / 4 anak RM950 – 5 anak ke atas |
BILAKAH SEMAK BANTUAN STR 2026
Laman web rasmi STR 2026 sentiasa dibuka untuk semakan, permohonan dan kemaskini. Oleh itu, anda boleh menyemak status kelayakan Bantuan STR pada bila-bila masa sahaja melalui pautan laman web rasmi STR seperti di bawah :
BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN STR 2026
Bagi yang telah memohon Bantuan STR serta ingin mengetahui sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 1 2026, anda boleh mengikut cara semak kelayakan yang betul dan lengkap seperti di bawah :
- Anda akan dipaparkan dengan laman utama STR 2026..
- Pada laman utama STR, sila klik pada butang [Log Masuk].
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]