BILAKAH BAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Dianggarkan lebih 8.7 juta rakyat yang akan menerima bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa yang ketiga (3) berbanding bayaran fasa kedua (2) hanya seramai 8.5 juta sahaja yang layak menerima bayaran.
Bagaimanakah semakan bayaran duit STR? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH ONLINE : REGISTER BANTUAN SARA (PANDUAN LENGKAP)
BAGAIMANAKAH BAYARAN DUIT STR
Bantuan STR dibayar melalui dua (2) cara berikut :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank yang aktif;
- Dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan.
BERAPAKAH BAYARAN DUIT STR
Berikut merupakan jumlah bayaran duit STR penuh bagi tahun 2025 :
- Isi Rumah B40 : RM1,000 (tiada anak), RM1,500 (1-2 anak), RM2,000 (3 – 4 anak) dan RM2,500 (5 anak ke atas).
- Isi Rumah M40 : RM500 (tiada anak), RM750 (1 – 2 anak), RM1,000 (3 – 4 anak) dan RM1,250 (5 anak ke atas).
- Warga Emas : RM600 (setiap individu).
- Bujang : RM600 (setiap individu).
*Nota : Ketahui jumlah bayaran STR bagi fasa 3 di laman rasmi STR.
BILAKAH BAYARAN DUIT STR
Berikut merupakan tarikh bayaran duit STR sepanjang tahun 2025 :
- Fasa 1 : 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : Bakal diumumkan.
- Fasa 4 : Belum ketahui.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR
Untuk mengetahui status sebagai penerima STR, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.