BILA SEMAK STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1

BILA SEMAK STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1

Agihan Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa dan bukanlah secara sekaligus. Pembayaran fasa 1 bakal diberikan kepada individu yang berjaya memohon sebelum 28 November 2025.

Bilakah boleh semak status kelayakan penerima bayaran STR? Sila baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC RM2400 2026 : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & IKUTI CARA MOHON

BILA SEMAK STR 2026

Portal MySTR yang rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sentiasa dibuka dan semua pemohon boleh membuat semakan status pada bila-bila masa sahaja. Namun, status kelayakan akan dipaparkan apabila permohonan diterima dan disahkan layak bagi yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

KRITERIA PENERIMA STR 2026

Berikut adalah kriteria kelayakan penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 :

  • Kelayakan Isi Rumah :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)
atau
Ibu / bapa tunggal (ada anak)
Had UmurTiada had umur
Kadar PendapatanBawah RM2,500 (B40)
atau
RM2,501 hingga RM5,000 (M40)
  • Kelayakan Bujang :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status PerkahwinanBelum berkahwin
atau
Balu / duda / janda (tiada anak)
Had Umur21 hingga 59 tahun
atau
OKU 19 tahun ke atas
Kadar PendapatanTidak melebihi RM2,500
Status PendidikanTamat belajar
  • Kelayakan Warga Emas :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status PerkahwinanBujang / Balu / Duda / Janda
(tiada anak yang menepati syarat)
Had Umur60 tahun dan ke atas
Kadar PendapatanTidak melebihi RM5,000

CARA SEMAK STR 2026

Ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan permohonan Bantuan STR seperti berikut :

  1. Klik terus pada pautan laman web rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

KADAR AGIHAN STR 2026

Supaya rakyat mendapat bantuan selayaknya, Kerajaan akan agihkan Bantuan STR mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Agihan Kepada Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR AGIHAN STR
Isi Rumah B40RM700 (Tiada anak)
RM1,200 (1-2 anak)
RM1,700 (3-4 anak)
RM2,200 (>5 anak)
Isi Rumah M40RM200 (Tiada anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
  • Agihan Kepada Warga Emas & Bujang :
KELAYAKAN PEENRIMAKADAR AGIHAN STR
Warga EmasRM600
Bujang

KAEDAH AGIHAN STR 2026

Berikut adalah kaedah agihan Bantuan STR kepada penerima-penerima yang layak :

JENIS PENERIMAKAEDAH AGIHAN STR
Penerima Ada Akaun BankDiagihkan terus ke dalam akaun bank
penerima secara berperingkat melalui
sistem bayaran ‘IBG Fund Transfer’
Penerima Tiada Akaun Bank,
Penerima Status ‘Gagal Kredit
dan
Penerima Pedalaman
Diagihkan secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN)

JADUAL AGIHAN STR 2026

Bantuan STR akan diagihkan secara ansur berfasa mengikut jadual berikut :

FASA AGIHANTARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari atau Februari 2026
Fasa 2Mac atau April 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
*Tarikh bayaran akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment