BILA MASUK DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BILA MASUK DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Hasil duit daripada kutipan dalam penjimatan subsidi dapat disumbangkan kepada rakyat melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana ianya dibayar secara ansur berperingkat bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan bayaran fasa 3 bakal dilaksanakan.

Bagaimanakah semak bila masuk duit STR? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILA TARIKH PEMBAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BILA MASUK DUIT STR

Lazimnya duit STR akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut pada masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Nota : Masa bayaran masuk adalah tidak menentu.

KADAR MASUK DUIT STR

Berikut merupakan kadar bayaran duit STR masuk bagi fasa 3 bagi setiap kategori :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah B40 :
      • Tiada anak : RM150.
      • 1 atau 2 anak : RM300.
      • 3 atau 4 anak : RM500.
      • 5 anak ke atas : RM650.
    • Isi Rumah M40 :
      • Tiada anak : RM100.
      • 1 atau 2 anak : RM200.
      • 3 atau 4 anak : RM250.
      • 5 anak ke atas : RM300.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
      • RM150 setiap individu.
    • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas :
      • RM150 setiap individu.

TARIKH MASUK DUIT STR

Duit Bantuan STR dimasukkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa mengikut tarikh berikut :

  • Fasa 1 :
    • 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
  • Fasa 2 :
    • 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
  • Fasa 3 :
    • Akhir Julai hingga Ogos 2025 (belum pasti).
  • Fasa 4 :
    • November 2025 (belum pasti).

*Nota : Tarikh bayaran Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KAEDAH MASUK DUIT STR

Terdapat dua (2) kaedah bayaran masuk duit STR seperti berikut :

  1. Penunaian di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang :
    • Tiada akaun bank yang aktif; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  2. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima melalui ‘IBG Fund Transfer’ bagi penerima yang :
    • Mempunyai akaun bank yang aktif.

SEMAK STATUS PENERIMA DUIT STR

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima duit STR, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, kunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment