BERAPAKAH AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DIKREDIT MASUK KEPADA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

BERAPAKAH AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DIKREDIT MASUK KEPADA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

Oleh kerana setiap pemohon lain-lain kelayakan dan memiliki bilangan tanggungan yang berbeza, Kerajaan akan membayar Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dengan amaun yang berbeza bermula RM200 hingga RM2,200 bergantung kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semak berapakah amaun Bantuan STR dibayar 2026? Ikuti panduan dan penjelasa lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH RM100 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

BERAPAKAH AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Amaun Bantuan STR yang bakal dibayar kepada setiap kategori penerima untuk tahun 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
AMAUN
BANTUAN STR
(RM)
AMAUN
BANTUAN SARA
(RM)
Isi Rumah B400 anak : 700
1-2 anak : 1,200
3-4 anak : 1,700
>5 anak : 2,200
1,200 / 2,400
Isi Rumah M400 anak : 200
1-2 anak : 450
3-4 anak : 700
>5 anak : 950
1,200
Warga Emas600600 / 1,800
Bujang600 / 1,200
*Selain Bantuan STR, setiap penerima juga akan terima Bantuan SARA.

BILAKAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Bantuan STR akan dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 4 mengikut jadual berikut :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
BANTUAN STR DIBAYAR
Fasa Pertama (1)Februari 2026
(Akan dikemaskini)
Fasa Kedua (2)Mac / April 2026
(Akan dikemaskini)
Fasa Ketiga (3)Ogos 2026
(Akan dikemaskini)
Fasa Keempat (4)November 2026
(Akan dikemaskini)

BAGAIMANAKAH CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Cara-cara Bantuan STR dibayar kepada setiap penerima adalah seperti berikut :

CARA BANTUAN STR DIBAYARJENIS PENERIMA
Dibayar secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau
Dibayar di mana-mana pusat
bersesuaian
Penerima tidak mempunyai
akaun bank yang aktif
atau
Penerima di Pedalaman
Sabah dan Sarawak
Dikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima
atau dalam akaun bank
pasangan
Penerima yang mempunyai
akaun bank yang aktif

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Berikut dikongsikan cara semak kelayakan diri sebagai penerima Bantuan STR seperti berikut :

PAUTAN PORTAL UTAMA RASMI STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal utama rasmi STR di atas.
  2. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  3. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  4. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  5. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  7. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment