BAYARAN STR FASA 1 2026 MULA DIKREDIT MASUK : SILA SEMAK JUMLAH BANTUAN TUNAI YANG DITERIMA

BAYARAN STR FASA 1 2026 MULA DIKREDIT MASUK : SILA SEMAK JUMLAH BANTUAN TUNAI YANG DITERIMA

Bermula pada 20 Januari 2026 (Selasa) bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Pertama (1) telah mula dikreditkan masukkan kepada seramai 5 juta penerima yang memenuhi syarat kelayakan dan setiap penerima akan terima jumlah bantuan yang berbeza tertakluk kepada kategori dan kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah semak bayaran STR Fasa 1 yang mula dikredit masuk? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK MYKASIH 2026 RM1200 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BAYARAN STR FASA 1 2026 MULA DIKREDIT MASUK

Kerajaan mula mengkreditkan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 secara berperingkat kepada 5 juta penerima sedia ada dan penerima baharu yang bertarikh pada :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR
FASA 1 2026
Penerima Sedia AdaMula dikredit masuk :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan
berperingkat
Penerima BaharuMula dikredit masuk :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan
berperingkat

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Setiap kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
FASA 1 2026
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM200
hingga
RM500
(tertakluk bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100
hingga
RM200
(tertakluk bilangan anak)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM150
Bujang

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bukan sahaja dikredit masuk ke dalam akaun bank penerima. Namun, kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Penerima mempunyai akaun
bank aktif atas nama sendiri
atau nama pasangan
Perlu menunggu bayaran STR
dimasukkan ke dalam akaun
bank secara berperingkat melalui
sistem ‘IBG Fund Transfer
Penerima yang tiada akaun
bank aktif atau tidak
melengkapkan maklumat
akaun bank
Perlu menuntut bayaran STR
melalui kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) pada bila-bila
masa (8 pagi – 5 petang)

SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 1 2026 DIKREDIT MASUK

Status bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 boleh mula disemak untuk tahu telah dikreditkan atau masih dalam proses. Ikuti cara semak status bayaran yang mudah seperti di bawah :

LAMAN RASMIPAUTAN
Log Masuk STRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  1. Sila pergi ke kaunter rasmi Log Masuk STR di atas.
  2. Anda akan dibawa ke laman rasmi Log Masuk STR.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa (-).
  4. Terus klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  6. Jika kata kunci tersebut betul, klik [Ya].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Untuk semakan status, klik bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan & bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment