BAYARAN SARA APRIL 2026 : SEMAKAN STATUS
Pemegang Kad Pengenalan (KP) yang terpilih layak adalah seramai 8.1 juta penerima yang akan menerima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk bulan April ini boleh terus digunakan untuk beli apa sahaja keperluan asas mengikut jumlah bantuan yang diberikan.
Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan SARA April? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah,
BACA JUGA : SYUKUR SABAH 2026 ONLINE : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN FASA 1
TARIKH BAYARAN SARA APRIL 2026
Pembayaran Bantuan SARA secara bulanan bakal memasuki Fasa April yang akan dilaksanakan pada tarikh yang sama bagi setiap kategori penerima, iaitu bertarikh pada :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN (APRIL) |
|---|---|
| Isi Rumah | 1 April 2026 (Rabu) |
| Warga Emas | 1 April 2026 (Rabu) |
| Bujang | 1 April 2026 (Rabu) |
JUMLAH BANTUAN SARA APRIL 2026
Namun, Kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penerima miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin akan menerima bayaran Bantuan SARA untuk bulan April dengan jumlah yang berbeza sebanyak berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (APRIL) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 / setiap penerima |
| Warga Emas | RM150 / setiap penerima |
| Bujang | RM100 / setiap penerima |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (APRIL) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 / setiap penerima |
| Warga Emas | RM50 / setiap penerima |
| Bujang | RM50 / setiap penerima |
CARA TERIMA BANTUAN SARA APRIL 2026
Kesemua penerima dari setiap negeri tanpa mengira kategori dan kelayakan akan menerima bayaran Bantuan SARA untuk bulan April melalui cara yang sama, iaitu melalui :
| KATEGORI PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | Terima bayaran Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam Kad Pengenalan (KP) penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas di lebih 10,000 premis terpilih seluruh Malaysia |
SEMAKAN STATUS SARA APRIL 2026
Status kelayakan sebagai penerima dan status bayaran Bantuan SARA sama ada telah dibayar atau belum untuk bulan April boleh disemak secara online melalui laman web rasmi seperti yang tertera di bawah :
- Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama SARA.
- Klik pada butang [🔍 Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran SARA bulan April akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel SARA : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.