SEMAK NAMA PLKN ONLINE : SIRI 2 / 2026

SEMAK NAMA PLKN ONLINE : SIRI 2 / 2026

Terkini! Kuota peserta bagi PLKN 3.0 Siri 2/2026 telah ditambah berikutan penggunaan kem baharu yang mampu menampung sehingga 600 orang. Semakan bagi peserta juga kini telah dibuka, dan mereka yang terpilih diminta untuk membuat pengesahan secepat mungkin sebelum tarikh tutup.

Bagaimana cara semak nama PLKN online? Ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca juga: SYUKUR SABAH 2026 ONLINE : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN FASA 1

SEMAK SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026

Syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

KAEDAH SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026 ONLINE

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:

  • Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
  • E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026 SECARA ONLINE

Status tawaran Pelatih PLKN 3.0 Siri 2 / 2026 boleh disemak secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.

LOKASI DAN TARIKH KEMASUKAN PESERTA PLKN 2026 ONLINE

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut:

Kedua (SIRI 2)

  1. Tarikh: 25 April – 08 Jun 2026
  2. Lokasi:
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur;
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang;
    • Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/

Leave a Comment