BAYARAN SARA 2026 : BILA TARIKH BAYAR BANTUAN MYKASIH & SEMAK KELAYAKAN LULUS ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang layak akan menerima elaun bulanan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli barang keperluan asas dengan amaun diterima mengikut kelayakan penerima.
Bilakah tarikh bayaran sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SKAS 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK TERBARU
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dalam MyKad (Kad Pengenalan) mengikut amaun yang ditetapkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 / Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 / Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 / Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 / Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 / Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 / Bulan (Total Setahun : RM600) |
JADUAL BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dalam MyKad (Kad Pengenalan) mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH BAYARAN SARA | TARIKH LUPUT KREDIT SARA |
|---|---|---|
| SARA EKASIH & SARA BUKAN EKASIH | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 9 Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : 31 Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Saya ibu tunggal bukan bergaji tetap kerja company pilih kasih dapat bantuan ekasih sama my Sara .