BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH MASUK & SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL
Pemohon yang melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menunggu bayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 masuk ke dalam akaun secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Bagaimanakah semakan bayaran duit STR Fasa1 mengikut bank? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK
Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis bank penerima yang ditetapkan seperti berikut :
| NAMA BANK | WAKTU BAYARAN MASUK |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 6:00 petang |
| Bank Islam | Bermula 8:00 malam |
| Affin Bank | Bermula 8:00 malam |
| Ambank | Bermula 8:00 malam |
| Maybank | Bermula 9:00 malam |
| Cimb Bank | Bermula 9:00 malam |
| RHB Bank | Bermula 9:00 malam |
| Bank Muamalat | Bermula 10:00 malam |
TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026
Bagaimanapun waktu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu kerana mengikut tarikh yang ditetapkan bermula pada :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026, Selasa |
| Pengkreditan dalam akaun bank mengikut bank penerima | Bermula 20 Januari 2026, Selasa dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026
Bermula pada 20 Januari 2026 (Selasa) ini, setiap penerima akan menerima duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM500 |
| Isi Rumah M40 | RM50 hingga RM250 (tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | – |
CARA SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 1 2026
Jika anda telah mengemukakan permohonan, anda boleh membuat semakan status kelayakan untuk tahu layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1. Ikuti cara semak yang lengkap di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN (LINK) |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Setelah itu, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [MyDigital ID] bagi yang mempunyai akaun; atau
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Terus klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.