BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025 MULA DIKREDIT MASUK : SEMAK KELAYAKAN ADA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN

BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025 MULA DIKREDIT MASUK : SEMAK KELAYAKAN ADA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN

Fasa Disember adalah merupakan peringkat bayaran yang terakhir Bantuan MyKasih yang dikreditkan kepada penerima yang layak untuk tahun ini (2025). Oleh itu, semua penerima perlu memanfaatkan sepenuhnya Bantuan MyKasih kegunaan diri dan keluarga.

Bagaimanakah semakan bayaran duit Bantuan MyKasih Fasa Disember yang mula dikredit masuk? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA FASA 1

BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025 MULA DIKREDIT MASUK

Secara rasminya, Bantuan MyKasih untuk Fasa Disember telah dikredit masuk kepada 5.4 juta penerima yang terdiri daripada kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ pada tarikh seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN MYKASIH
Isi Rumah1 Disember 2025 (Isnin)
Warga Emas1 Disember 2025 (Isnin)
Bujang1 Disember 2025 (Isnin)

JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH DISEMBER YANG DIKREDIT MASUK

Untuk Fasa Disember, setiap kategori penerima akan terima duit Bantuan MyKasih dengan jumlah yang berbeza-beza seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin : RM200 / Disember.
    • Isi Rumah Asas : RM100 / Disember.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin : RM150 / Disember.
    • Warga Emas Asas : RM50 / Disember.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin : RM50 / Disember.
    • Bujang Asas : Tiada.

MEDIUM BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH YANG DIKREDIT MASUK

Duit Bantuan MyKasih yang dikreditkan kepada penerima yang layak adalah melalui satu (1) medium yang sama sahaja iaitu melalui :

  • Penerima Semenanjung Malaysia :
    • Bantuan MyKasih dikredit masuk ke dalam Kad Pengenalan penerima dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
  • Penerima Sabah, Sarawak & W.P Labuan :
    • Bantuan MyKasih dikredit masuk ke dalam Kad Pengenalan penerima dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

SEMAK KELAYAKAN ANDA TERIMA BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER

Anda boleh membuat semakan kelayakan bayaran Bantuan MyKasih untuk Fasa Disember di dua (2) saluran iaitu :

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Aplikasi Rasmi MyKasih.

Berikut adalah cara semakan di Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Atau ikuti cara semakan melalui Aplikasi Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT MYKASIH

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian rasmi MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau laman pertanyaan https://mykasih.com.my/contact-us/.

Leave a Comment