BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026
Hasil penjimatan daripada penyasaran semula subsidi membolehkan pihak Kerajaan menggagihkan Bantuan Tunai kepada rakyat dengan nilai peruntukan sehingga RM15 billion untuk seramai kira-kira hampir 9 juta rakyat daripada golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bayaran Bantuan Tunai Hasil? Ikuti panduan di bawah.
BACA JUGA : CHECK BALANCE MYSARA 2026 : SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Kerajaan menggagihkan Bantuan Tunai Hasil mengikut kategori dan kelayakan penerima supaya setiap penerima mendapat bantuan selayaknya.
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Melibatkan isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) dan isi rumah tunggal iaitu balu / bercerai (ada anak).
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 setahun | RM200 setahun |
| 1 – 2 orang | RM1,200 setahun | RM450 setahun |
| 3 – 4 orang | RM1,700 setahun | RM700 setahun |
| >5 orang | RM2,200 setahun | RM950 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
- Melibatkan bujang belum berkahwin dan balu / bercerai (tiada anak).
| BIL. ANAK | BUJANG UMUR 21 – 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Daripada jumlah di atas, Kerajaan tidak membayarnya sekaligus, sebaliknya melaksanakan bayaran secara berfasa mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa Satu (1) | Bermula 20 Januari 2026 |
| Fasa Dua (2) | Bermula 10 Mac 2026 |
| Fasa Tiga (3) | Belum diketahui |
| Fasa Empat (4) | Belum diketahui |
PLATFORM BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Bagi memudahkan penerima mendapat Bantuan Tunai Hasil, Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran yang mudah mengikut penerima seperti berikut :
| PLATFORM BAYARAN | KHUSUS PENERIMA |
|---|---|
| Bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat | Untuk penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan |
| Pengkreditan tunai ke dalam akaun bank (tertakluk jenis bank penerima) | Untuk penerima yang ada akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan |
PAUTAN RASMI BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY
Untuk semakan status kelayakan, kemaskini dan permohonan Bantuan Tunai Hasil hanya boleh dilakukan melalui satu (1) portal rasmi sahaja seperti pautan yang tertera di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Bantuan Tunai Hasil | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL
Bagi yang telah kemukakan permohonan, boleh mula buat semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Tunai Hasil mengikut panduan di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil (klik pautan di atas).
- Halaman utama Bantuan Tunai Hasil akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang anda tetapkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk ketahui informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai Hasil, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang tertera di bawah :
- Talian HASiL : 1800 88 2747
- Talian MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.