BANTUAN TAMBAHAN EWALLET B40 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA (RM2100 & RM1650)
Terkini! Bantuan tambahan kepada individu berpendapatan sederhana (B40) akan diteruskan secara tanpa tunai (cashless) untuk membuat transaksi pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar.
Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan akan memberikan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan peningkatan tertinggi pada iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding tahun 2024 hanya RM10 bilion.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ewallet tambahan B40 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN EWALLET B40 SARA
Bantuan tanpa tunai atau ewallet ini telah dilaksanakan pada 2023, dan akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan lebih ramai individu yang akan menerima bantuan ini.
Inisiatif bantuan ini disediakan khas kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dan akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima dengan kadar sebanyak RM200/RM100 setiap bulan untuk membuat pembelian keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
Dalam belanjawan 2025, dianggarkan seramai 60 peratus penduduk dewasa akan menerima bantuan ini secara bulanan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN B40
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN B40
Status penerima boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN DI PORTAL SARA
Semakan Semakan status penerima di portal MyKasih seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN DI PORTAL MYSTR
Panduan Lengkap Semakan status penerima di portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Berstatus Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih) | Bermula April 2025 |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
CONTOH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS TANPA TUNAI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN B40
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 2100 RM100 sebulan (Januari – Mac) RM200 sebulan (April – Disember) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1650 RM100 sebulan (Januari – Mac) RM150 sebulan (April – Disember) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Orang susah