BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 ONE OFF : AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEGERA

BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 ONE OFF : AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEGERA

Setiap rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bantuan one-off untuk semua bakal menerima pengkreditan duit bantuan secara automatik automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) pada Februari 2026 untuk membeli barangan keperluan untuk sambutan Tahun Baru Cina dan Ramadhan.

Bagaimanakah semak bantuan str tambahan one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SKAS 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK TERBARU

BANTUAN STR TAMBAHAN ONE OFF 2026

Bantuan SARA ONE-OFF ialah bantuan kerajaan secara tanpa tunai untuk sekaligus bayaran yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas tanpa mengira pendapatan, termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan untuk persiapan sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina pada Februari 2026.

Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSARA UNTUK SEMUA
Jumlah Bantuan (RM)100.00 (ONE-OFF)
Syarat KelayakanSemua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan
Cara PembayaranPengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima

Bantuan SARA ONE-OFF RM100 tidak memerlukan sebarang permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik sekiranya anda merupakan Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, dan duit bantuan akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF 2026

Status Kelayakan Penerima SARA ONE OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Selesai.

MANFAAT BANTUAN STR TAMBAHAN ONE OFF

Setiap penerima Bantuan SARA ONE-OFF boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti berikut :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

Untuk menggunakan kredit Bantuan RM100 ONE OFF, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti berikut :

  • Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

PANDUAN MENGGUNAKAN DUIT BANTUAN ONE OFF

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran SARA ONE OFF.
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran SARA MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA ONE OFF.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf

Leave a Comment