BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Secara umumnya, pembayaran bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berfasa yang mana fasa pertama (1) pada tahun ini telah selesai dilaksanakan dan rakyat yang layak kini menunggu untuk pembayaran fasa kedua (2) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran Bantuan STR fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN STR BILA BAYARAN FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Sumber terbaru daripada pihak institusi perbankan dalam pertanyaan lansung telah menyatakan bahawa pengkreditan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :
KAEDAH PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 24 Mac 2025 |
Kredit dalam akaun bank penerima | 24 Mac hingga 27 Mac 2025 |
*Bagaimanapun, tarikh di atas belum sahih dan penerima yang layak perlu menunggu pengumumkan secara rasmi oleh Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN STR 2025 | FASA SATU (1) | FASA DUA (2) |
---|---|---|---|
Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 dan ke atas : RM2,500 | Semua : RM500 | RM150 – RM650 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 dan ke atas : RM1,250 | RM150 – RM350 | RM100 – RM300 |
- Kategori Bujang :
- Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak).
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN STR 2025 | FASA SATU (1) | FASA DUA (2) |
---|---|---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 | RM150 | RM150 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 | RM150 | RM150 |
*Nota : Penerima sedia ada dan penerima baharu perlu membuat semakan di laman rasmi STR untuk mengetahui kadar bayaran fasa dua (2).
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Pemberian secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti panduan semakan lengkap seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa dua (2) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.