BANTUAN STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA RM600 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK
Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan bantuan yang lebih kepada golongan bujang dengan menggantikan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan STR bujang diganti dengan SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PEMBAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
BANTUAN STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA RM600
Penerima kategori bujang tidak lagi menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sebaliknya digantikan dengan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sahaja dengan akan dibayar dengan jumlah RM600 hingga RM1,200 setahun.
CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA BUJANG 2026
Penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah tidak sama dengan cara penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah perbezaan cara penerimaan Bantuan STR dan SARA :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pengkreditan tunai dalam akaun bank penerima melalui empat (4) fasa.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Dibayar secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barang keperluan asas setiap bulan.
KADAR BANTUAN STR BUJANG YANG DIGANTI DENGAN SARA 2026
Berikut adalah kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diganti daripada bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BANTUAN SARA SEBULAN | KADAR BANTUAN SARA SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang STR Miskin (Daftar eKasih) | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
| Bujang STR Asas (Bukan eKasih) | RM50 sebulan | RM600 setahun |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR BUJANG 2026
Penerima yang terpilih daripada kategori Bujang yang layak menerima Bantuan Sumbagan Asas Rahmah (SARA) adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia;
- Status Perkahwinan : Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Had Umur : 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun & ke atas;
- Kadar Pendapatan : Bawah garis kemiskinan (daftar eKasih) / tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Status Tanggungan / Pelajar : Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS (Bukan lagi tanggungan ibu / bapa)
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN STR SARA RM600 2026
Kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara online dengan mudah mengikut panduan lengkap di bawah :
- Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota Penting : Penerima Bujang perlu mendaftar akaun STR yang baharu sebelum membuat semakan status.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747.
- Talian STR MOF : 03 8882 4565.
- E-mel : [email protected]