BANTUAN STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA
Terkini! Bermula tahun 2026, pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang berumur 60 tahun ke bawah bakal digantikan bantuan bulanan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan bantuan str bujang 2026 diganti dengan sara rm600? Ikuti Info lanjut disini.
BANTUAN STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA RM600
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang bagi sesi 2026, akan dilaksanakan seperti berikut :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Kategori Bujang tidak akan menerima bantuan tunai secara berfasa seperti kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Sebaliknya, bantuan akan digantikan dengan Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Bantuan SARA akan disalurkan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
- Boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR BUJANG 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BANTUAN STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Bujang (Berstatus eKasih) | RM1,200 Setahun | RM100 Sebulan |
| Bujang (Bukan eKasih) | RM600 Setahun | RM50 Sebulan |
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN SARA
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]