BANTUAN STR 2026 BILA MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR 2026 BILA MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Ramai antara pemohon menantikan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kerana ianya dibayar secara tunai dari Fasa 1, 2, 3 dan Fasa 4. Setiap pemohon boleh ketahui status layak atau tidak sebagai penerima bayaran Fasa 1 tahun 2026.

Bagaimanakah semak status & tarikh bila masuk Bantuan STR 2026? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI  PENERIMA

BANTUAN STR 2026 BILA MASUK

Inisiatif Bantuan STR akan dimasukkan kepada setiap penerima pada :

  • Penerima sedia ada :
CARA TERIMA BANTUANTARIKH MASUK
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional
Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula)
Kredit dalam akaun
bank penerima
Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula)
  • Penerima baharu :
CARA TERIMA BANTUANTARIKH MASUK
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional
Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula)
Kredit dalam akaun
bank penerima
Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula)

KADAR BANTUAN STR 2026 MASUK

Setiap kategori penerima akan menerima Bantuan STR dan Bantuan SARA sebagai tambahan sebanyak kadar berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
STR
KADAR BANTUAN
SARA
Isi Rumah B40RM700 (0 anak)
RM1,200 (1-2 anak)
RM1,700 (3-4 anak)
RM2,200 (>5 anak)
RM2,400
atau
RM1,200
Isi Rumah M40RM200 (0 anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
RM1,200
Warga EmasRM600RM1,800
atau
RM600
BujangRM1,200
atau
RM600

SYARAT LAYAK BANTUAN STR 2026

Pemohon yang disahkan layak Bantuan STR adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu Bapa Tunggal (ada anak).
    • Tiada had umur pemohon.
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada pasagan – balu / duda / janda (tiada anak yang tepati syarat sebagai tanggungan).
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 (B40 dan M40).
  • Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
    • Had umur 21 hingga 59 atau Bujang OKU berumur 19 tahun & ke atas.
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN STR 2026

Rujuk cara semak status di bawah untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan STR pada tahun 2026 :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment