BANTUAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN

BANTUAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN

Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan ini berbentuk wang sebagai sokongan untuk keluarga-keluarga pascapandemik yang mengalami masalah ekonomi.

Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga yang layak di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.

Wang yang diberikan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian keluarga serta alat pendidikan anak-anak.

Bagaimanakah permohonan dan semakan Bantuan Selangor? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN STR BUJANG (FASA 3 2024)

SYARAT KELAYAKAN

BINGKAS Selangor hanya diterima oleh pemohon yang melepasi syarat-syarat seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.

PERMOHONAN BANTUAN SELANGOR

Rakyat Selangor boleh buat permohonan mulai 5 Julai 2024 hingga 15 Ogos 2024. Pemohon boleh menggunakan laman web rasmi BINGKAS Selangor atau aplikasi SELANGKAH untuk memohon.

Berikut merupakan cara mohon:

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS Selangor di https://www.bingkasselangor.com/ atau memuat naik aplikasi SELANGKAH Wallet di peranti.
  2. Tekan butang [Daftar Sekarang].
  3. Bagi pemohon baharu, pemohon perlu tekan [Daftar Akaun Selangkah Baru] terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
  4. Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu memasukkan nombor telefon dan kata laluan yang betul.
  5. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  6. Selepas pemohon berjaya log masuk, pemohon hendaklah mengisi segala maklumat yang diminta dengan betul.
  7. Pemohon diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen dalam bentuk PDF untuk dilampirkan dengan permohonan. Senarai dokumen adalah seperti berikut :
    • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
    • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
    • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
    • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
    • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  8. Seterusnya, pemohon perlu membaca terma dan syarat BINGKAS dengan teliti dan tanda [/] sekiranya bersetuju.
  9. Setelah permohonan dihantar, status permohonan dan pendaftaran berjaya akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BANTUAN SELANGOR

Pemohon boleh membuat semakan kelulusan Bantuan Selangor selepas permohonan seperti di bawah:

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS Selangor. Sekiranya pemohon mempunyai kekeliruan, sila rujuk pihak berwajib melalui:

Talian Online Selcare : 1-800-22-6600
E-mel Rasmi : [email protected]

4 thoughts on “BANTUAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN”

Leave a Comment