BANTUAN SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Sebanyak RM2 bilion telah diperuntukan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan bantuan one-off di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang akan memanfaatkan hampir 22 juta rakyat Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025.

Bagaimanakah semak sara one off rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SARA RAHMAH UNTUK SEMUA 2025 : (RM100 ONE OFF) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SARA RM100 ONE OFF

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah akan menerima bantuan SARA one-off :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berusia 18 tahun ke atas.

Bantuan akan diberikan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.

KEGUNAAN BANTUAN SARA RM100 ONE OFF

Bantuan one-off (sekali bayaran) di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun, tanpa mengira status dan pendapatan sebanyak RM100 ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

Bantuan ini khusus untuk penerima membeli lebih daripada 90,000 barangan keperluan asas yang diluluskan termasuk makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA RM100

Bantuan RM100 one-off (sekali bayaran) akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 (Ahad). Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA GUNA KREDIT ONE OFF SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA RM100 ONE OFF

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment