BANTUAN SARA ONE OFF TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN ONE OFF
Seramai 22 juta warganegara Malaysia bakal menerima bantuan SARA ONE-OFF RM100 melalui MyKad, yang bakal dilaksanakan pada Bulan Februari 2026 sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan Persediaan Bulan Ramadhan.
Bagaimanakah semakan status bantuan sara one off terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: AMAUN BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LULUS
PERBEZAAN SARA BULANAN DAN ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan Secara One-Off adalah berbeza seperti berikut :
| SARA BULANAN | SARA ONE-OFF |
|---|---|
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
| Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
| Setiap Bulan Bayaran | Sekali Bayaran Sahaja |
| Bayaran Bermula Januari sehingga Disember | Bayaran pada Februari Sahaja |
PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan iaitu Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima SARA ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
CARA GUNA DUIT SARA ONE OFF
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf