BANTUAN SARA 2026 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN ONE-OFF DI DALAM IC

BANTUAN SARA 2026 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN ONE-OFF DI DALAM IC

Terkini! Menurut Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan untuk Program SARA UNTUK SEMUA (ONE OFF) dan akan memanfaat seramai lebih 22 juta Warganegara Malaysia dengan pemberian RM100 melalui MyKad bermula hari ini.

Bagaimanakah semakan status bantuan sara rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH 2026 CHECK : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN DALAM MYKAD SECARA BULANAN (RM200 & RM100)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RM100

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 mestilah terdiri daripada :

JENIS SARASYARAT KELAYAKAN
SARA UNTUK SEMUA
(ONE-OFF)
Warganegara Malaysia;

Berusia 18 tahun dan ke atas (Individu);

Tanpa mengira pendapatan;

Kelayakan penerima adalah secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dan tiada sebarang permohonan diperlukan, termasuk penerima sedia ada dan bukan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100 2026

Status Kelayakan Penerima SARA ONE OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF).
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Selesai.

BANTUAN SARA RM100

SARA ONE-OFF ialah bantuan Kerajaan secara sekali bayaran kepada rakyat Malaysia sebagai persiapan untuk sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina seperti berikut :

Nama ProgramSARA UNTUK SEMUA (SARA ONE-OFF)
Kadar Bantuan (RM)100.00
Kelayakan Bantuan
Individu berusia 18 tahun dan ke atas
(Warganegara Malaysia)
Kaedah PembayaranSecara Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan)
ManfaatBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas SARA MyKasih

TEMPOH SAH BANTUAN SARA RM100

Bantuan SARA ONE-OFF tahun 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

JENIS SARATARIKH MULA GUNATARIKH AKHIR GUNA
SARA UNTUK SEMUA
(ONE-OFF)
9 Februari 202631 Disember 2026

Kredit Bantuan SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 9 Februari 2026, dan akan luput pada 31 Disember 2026.

MANFAAT BANTUAN SARA RM100

Penerima SARA ONE-OFF boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Untuk senarai penuh barangan keperluan asas boleh semak di : https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment