BANTUAN SABAH 2025 RM300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SABAH 2025 RM300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Berita Terkini! Sebanyak RM358.5 juta telah diperuntukkan kepada Rakyat Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat Sabah dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanakah semakan bantuan sabah 2025 rm300 setiap bulan? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RAHMAH 2025 FASA 1 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM500 & RM300 & RM150)

PENGENALAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Kerajaan Sabah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat, sebuah inisiatif bantuan baharu yang menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Menerusi Belanjawan Sabah 2025, program ini melibatkan peruntukan RM358.5 juta dan menyasarkan lebih 100,000 penerima, termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Sabah akibat kos sara hidup yang meningkat dan akan diagihkan secara bulanan untuk tempoh setahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

JUMLAH BANTUAN SABAH

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar
(Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas)
RM 300
(Sebulan)

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dijangka bermula pada Februari 2025 dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.

*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN

Semakan status dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

  • https://sabah.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/

6 thoughts on “BANTUAN SABAH 2025 RM300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

  1. Saya ingin memohon bantuan ekasih utk rakyat sabah 300.00 sbb saya x bekerja dan bujang yg tidak ada apa2 bantuan .tkasih

    Reply
  2. Saya mohon bantuan rm300 ni untuk kos sara hidup keluarga saya…saya suri rumah suami tak kerja tetap hanya kerja samping..kadang sebulan dapat kerja 12 hari kadang langsung tidak dapat kerja..Sya mohon bantuan rm300

    Reply
  3. Saya ingin memohon bantuan Rm300 ini tuk sara hidup keluarga saya kerana saya tidal bkerja umur sdh lanjut 65 tahun kerana kurang sihat tambah lgi tidak memiliki rumah kediaman sendiri dan ketika ini menyewa rumah apartment bersama 5 orang anak yg msh bujang dgn bayaran sewa sebulan Rm1,800+ bil letrik dn air.

    Reply

Leave a Comment