BANTUAN SABAH RM300 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Negeri Sabah adalah antara salah satu daripada empat (4) buah negeri di Malaysia yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tertinggi melebihi paras nasional. Justeru itu, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan program bantuan khas iaitu Sentuhan Kasih Rakyat bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.
Bagaimanakah check status bantuan Sabah RM300? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STR FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM500 & RM300 & RM150)
PENGENALAN BANTUAN SABAH RM300 2025
Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan bahawa Bantuan Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah merupakan sebuah bantuan tunai yang diperuntukan sebanyak RM358.5 juta khas untuk membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat miskin dan miskin tegar di Sabah.
Pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat ini adalah salah satu langkah Kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada rakyat yang memerlukan.
KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Setiap rakyat di Sabah yang menepati kelayakan akan menerima Bantuan Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat setiap bulan selama tempoh setahun (12 bulan) dengan kadar sebanyak :
KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 (RM) |
---|
RM300 setiap bulan selama setahun |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat ini akan diselaraskan pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana peringkat pertama disasarkan kepada 100,000 ribu penerima pada tarikh seperti berikut :
BANTUAN SABAH | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat | Akan dibayar secara berfasa / berperingkat dalam bentuk pakej bermula pada : ** Februari 2025 |
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025
Bantuan Sabah adalah khas untuk rakyat yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar;
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas.
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH RM300 2025
Portal untuk check status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sabah Program Sentuhan Kasih Rakyat masih belum dibuka. Namun, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa apabila Kerajaan Sabah telah membuka portal untuk check status secara atas talian (online).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :