SEMAKAN SKAS FASA 2 2026 – BAYARAN & KELAYAKAN PENERIMA
Seiring dengan kadar peruntukan dinaikkan, jumlah bayaran Bantuan SKAS untuk Fasa 2 juga dinaikkan kepada semua kategori penerima sedia ada dan juga penerima baharu yang berjumlah sehingga hampir RM500 bakal disalurkan dalam bulan Mei ini.
Bagaimanakah semakan bayaran dan kelayakan penerima SKAS Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH BUJANG 2026 : CHECK STATUS SARA
APA ITU BANTUAN SKAS?
Bantuan SKAS iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai bantuan kewangan khas untuk membantu rakyat-rakyat di Sarawak bagi kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ memenuhi keperluan asas.
CARA TERIMA BAYARAN SKAS 2026
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara yang sama iaitu menerusi baucar digital yang dikreditkan ke akaun e-Dompet dalam aplikasi mudah alih S Pay Global.

Apabila disahkan layak, penerima boleh muat turun aplikasi mudah alih S Pay Global secara percuma dalam telefon pintar dan boleh menggunakannya untuk pembayaran barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) guna kod QR sahaja.
TARIKH BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan bayaran Bantuan SKAS untuk Fasa 2 sebelum sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Gawai, iaitu bertarikh pada :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | Bermula 15 Mei 2026 (Jumaat) dan berperingkat |
| Penerima Baharu (Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang) | Bermula 15 Mei 2026 (Jumaat) dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Untuk membantu rakyat Sarawak dalam mendepani peningkat kos sara hidup, Kerajaan Negeri Sarawak telah menaikkan jumlah bayaran Bantuan SKAS untuk Fasa 2 kepada semua kategori sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM424 |
| Warga Emas | RM234 |
| Bujang | RM150 |
SEMAKAN SKAS FASA 2 2026
Penerima sedia ada atau pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan Bantuan SKAS boleh ketahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Fasa 2 dengan melakukan semakan secara online di laman web rasmi SKAS seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SKAS di sini :
- Anda akan dibawa ke halaman utama SKAS.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 441213139999.
- Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Cari / Search].
- Status kelayakan penerima Bantuan SKAS akan dipaparkan seperti berikut :
Contoh :
| Name : (Nama) | AMIRAH BINTI AHMAD |
| MyKad Number : (No. Kad Pengenalan) | ******-**-**** |
| Status : | ELIGIBLE (Layak) |
| SKAS Category : (Kategori SKAS) | Household (Isi Rumah) |
| SKAS Value : (Jumlah SKAS) | RM1,100 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.