BANTUAN RM100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terkini! Kerajaan bakal menyalurkan bantuan RM 100 secara one-off kepada hampir 22 juta rakyat Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2025.
Bagaimanakah semakan layak atau tidak bantuan rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN RM100 ONE OFF
Bantuan one-off RM100 merupakan SARA yang diberikan dengan sekali bayaran kepada penerima menerusi MyKad (Kad Pengenalan) kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, khusus digunakan untuk membeli 90,000 jenis Barangan Keperluan Asas seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara.
Bantuan ini akan dilaksanakan sempena Hari Kebangsaan iaitu 31 Ogos 2025 dan akan memanfaatkan hampir 22 juta penerima di Malaysia.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN RM100 ONE OFF
SARA one-off RM100 akan dikreditkan ke MyKad penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad) iaitu Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 ONE OFF
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT BANTUAN RM100 ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara