BANTUAN PANGAN NON TUNAI : REGISTER, CHECK STATUS 2025 SKAS SARAWAK ONLINE

BANTUAN PANGAN NON TUNAI : REGISTER, CHECK STATUS 2025 SKAS SARAWAK ONLINE

Terkini! Seramai 850,000 warga Sarawak akan berpeluang untuk mendapatkan manfaat peruntukan bantuan pangan non tunai dari Kerajaan Sarawak sehingga hingga RM800 jumlah bantuan, bergantung kepada kelayakan dan kategori masing-masing.

Bantuan ini telah dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, dimana bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk membantu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dalam menghadapi masalah kewangan, bagi membeli keperluan asas.

Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk rujukan anda semua.

Bagaimanakah register dan check status bantuan pangan non tunai? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN BUDI MADANI RM200 (SEMAKAN STATUS BAYARAN)

APA ITU BANTUAN PANGAN NON TUNAI SKAS

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) atau dalam bahasa Sarawak Bantuan Non Tunai ini merupakan inisiatif bantuan baharu oleh Kerajaan Sarawak untuk membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan barangan keperluan lain untuk kelangsungan hidup.

Bantuan ini khusus untuk golongan sasar yang berpendapatan rendah, yang merupakan kelahiran Sarawak dan menetap di Sarawak.

Dianggarkan kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat ini peruntukkan ini daripada RM450 juta yang akan diperuntukkan. Penerima yang layak akan menikmati antara RM250 hingga RM800 jumlah bantuan, bergantung kepada kelayakan dan kategori masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS 2025

Berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:

  • Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
  • Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
  • Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah.
  • Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah.

Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.

JUMLAH BANTUAN PANGAN NON TUNAI SKAS

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN

Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS

Portal rasmi SKAS Sarawak untuk permohonan dan semakan bantuan belum dibuka. Sebarang maklumat terkini berkenaan pembukaan permohonan dan semakan bantuan SKAS 2025, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:

Leave a Comment