BANTUAN MYSTR 2026 (FASA 1) : SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYSTR 2026 (FASA 1) : SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan MySTR 2026 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani peningkatan kos sara hidup. Melalui pelaksanaan Fasa 1, bayaran akan disalurkan kepada pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan.

Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MySTR 2026? Ikuti panduan & info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA

KADAR BANTUAN MYSTR 2026

Berikut adalah kadar Bantuan MySTR yang akan disalurkan kepada setiap penerima :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BANTUAN MYSTR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM700
1/2 anak : RM1,200
3/4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM200
1/2 anak : RM450
3/4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600
Bujang/Balu/Janda/Duda
Pendapatan
Bawah RM2,500

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYSTR 2026

Penyaluran Bantuan MySTR untuk tahun ini akan dilaksanakan mengikut jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH PENYALURAN
Fasa 1Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula
bila tarikh diumumkan)
Fasa 2Mac / April 2026
(akan dikemaskini semula
bila tarikh diumumkan)
Fasa 3Ogos 2026
(akan dikemaskini semula
bila tarikh diumumkan)
Fasa 4November 2026
(akan dikemaskini semula
bila tarikh diumumkan)

CARA PENYALURAN BANTUAN MYSTR

Terdapat dua (2) cara penyaluran Bantuan MySTR kepada penerima, iaitu :

  1. Penyaluran melalui akaun bank penerima / akaun bank pasangan bagi yang mempunyai akaun bank serta melengkapkan maklumat bank dalam permohonan; atau
  2. Penyaluran tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat bank dalam permohonan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYSTR

Status kelayakan penerima Bantuan STR boleh disemak terus melalui Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Isikan ruangan dengan nombor Kad Pengenalan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  7. Klik pada butang [Ya] jika ianya betul.
  8. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Informasi yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Namun, jika ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui :

Leave a Comment