BANTUAN MYKASIH BULANAN 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Penambahbaikan pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan lebih 8 juta penerima telah layak menerima bantuan bulanan ini termasuk Kategori Bujang untuk turut menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas.
Bagaimanakah check status kelayakan bantuan mykasih bulanan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH BULANAN 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah / Warga Emas Tanpa Pasangan / Bujang | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
| Isi Rumah / Warga Emas Tanpa Pasangan / Bujang | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; dan Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) |
AMAUN BANTUAN MYKASIH BULANAN 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan secara tanpa tunai kepada penerima yang layak mengikut kaedah berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH BULANAN 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 dilaksanakan dalam tempoh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH BULANAN 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Antara kategori barangan MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad adalah seperti berikut :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf