BANTUAN MYKAD MADANI 2025 PERMOHONAN : MOHON SEBELUM TERCICIR SEBAGAI PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 PERMOHONAN : MOHON SEBELUM TERCICIR SEBAGAI PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan bantuan serta keciciran penerima, Kerajaan Madani telah bersetuju akan meneruskan lagi pemberian Bantuan MyKad untuk memudahkan Kerajaan mengenalpasti penerima yang layak dan bantuan diagihkan dengan selamat.

Bagaimanakah permohonan bantuan mykad madani? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

HAD BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Kerajaan telah menghadkan pemberian Bantuan MyKad Madani mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin STR :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun;
    • Bujang : Tiada.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani akan diberikan kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 PERMOHONAN

Pemberian Bantuan MyKad Madani bagi tahun 2025 adalah khas kepada individu yang melepasi permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih.

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan].
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

*Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.

PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Ikuti panduan pendaftaran e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar untuk penerimaan Bantuan MyKad Madani :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    • Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKad Madani, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

5 thoughts on “BANTUAN MYKAD MADANI 2025 PERMOHONAN : MOHON SEBELUM TERCICIR SEBAGAI PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)”

Leave a Comment